=====================================
Tingkatkan Sistem Imun
Badan dengan Transfer Factor
==================================
Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera,
Badan kerap dilanda
masalah kesihatan, kerap selsema dan demam malah
sering pula mengalami alahan menunjukkan sistem pertahanan
badan tidak kuat. Kadang-kadang badan mudah sakit akibat perubahan cuaca dan
ada juga yang dijangkiti daripada kawan-kawan. Maka paracetamol dan ubat-ubatan
menjadi teman setia.
Setiap badan manusia ada
sistem imun atau sistem pertahanan yang menjaganya. Tujuannya adalah untuk
melawan sebarang jangkitan dan penyakit yang mengancam kesihatan. Tanpa
pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen
berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan kita cenderung untuk mendapat
jangkitan penyakit.
Sistem imun adalah
sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan
membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat. Kulit merupakan
pertahanan badan pertama yang menapis segala kekotoran dari luar dan menangkis
kemasukan virus dan bakteria ke dalam tubuh kita. Kulit juga bertindak sebagai
penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit
menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh
spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.
Jalan lain untuk kuman
memasuki tubuh kita adalah melalui hidung, mulut dan mata, jadi ia juga
menyediakan sistem pertahanan semulajadi. Antara sistem pertahanan semulajadi
tubuh kita adalah:-
- Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding selbakteria.
- Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Sistem imun kita bekerja
melindungi badan 24 jam tetapi adakalanya kita tetap juga jatuh sakit. Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkannya seperti perubahan cuaca, pemakanan dan juga
gaya hidup. Antara tips untuk meningkatkan sistem imun badan:-
- Kurangkan stres - hadapi permasalahan hidup dengan tenang dan tidur lebih awal di malam hari agar mendapat rehat yang cukup
- Makan makanan kaya protein. Sistem ketahanan tubuh perlukan banyak protein untuk menguatkannya. Makan makanan sumber protein seperti daging, susu dan berbagai produk seangkatannya. Juga buah dan sayur.
- Jangan ambil alkohol - sifat alkohol akan melemahkan sistem imun tubuh.
- Ambil makanan yang meningkatkan sistem imun. Misalnya bawang putih, bawang merah, brokoli, yang mengandung zat antiseptik semulajadi.
- Aromaterapi. Udara yang bersih dan harum adalah salah satu cara membuat fikiran rileks dan tenang.
- Kegiatan fizikal. Berolahraga atau melakukan kegiatan fizikal juga diperlukan untuk meningkatkan kekebalan tubuh terhadap penyakit.
- Senyum. Senyum akan memberi kebahagiaan dan emosi positif bagi Anda dan juga lingkungan sekitar.
- Mood yang lebih baik akan membuat pikiran Anda bahagia dan kebahagiaan akan membawa kesihatan.
Selain daripada
mengamalkan tips-tips di atas, anda boleh cuba produk dari 4Life
Research iaitu Transfer Factor. Transfer Factor merupakan
alternatif kepada pergantungan Paracetamol atau Panadol. Transfer
Factor berfungsi meningkatkan Sistem Imun badan kita supaya sentiasa kuat
melawan jangkitan penyakit.
Untuk sebarang
pertanyaan tentang produk Transfer Factor, anda boleh menghubungi :
Call/Sms/Whatsapp 012
4850538 (Lina)
ID# 8318222
"Jom Sihat Bersama
4Life"